tickmill logo

Bersederhana itu Lebih Baik…

Spread Lebih Kecil. Lebih Banyak Peluang!
Mula Berdagang

Mengapa pedagang memilih Tickmill

Kerana berdagang emas dengan kawalan bermula dengan rakan kongsi yang betul.

Apa yang membezakan kami:

Spread Terendah Di Pasaran
Spread terendah di pasaran

Purata spread emas hanya 7 sen

Komisen Terendah
Komisen terendah

Kadar pasaran hanya $3 setiap sisi

Leveraj Tinggi
Leveraj tinggi

Sehingga 1:1000 untuk memberi lebih kuasa kepada modal anda

Pelaksanaan Sepantas Kilat
Pelaksanaan sepantas kilat

Purata masa pelaksanaan hanya 0.15 saat

Dikawal Selia Secara Global
Dikawal selia secara global

Berlesen di pelbagai bidang kuasa

Broker Yang Diiktiraf
Broker yang diiktiraf

Spread terbaik untuk dagangan emas oleh FX Empire

Buka Akaun Sekarang

Ingin Tahu Bagaimana kami Dapatkan Spread Serendah Ini?

Penerangan oleh Ketua Perdagangan Kami…

Mengapa Spread Tickmill Adalah Lebih Rendah Daripada Spread Broker Lain?

Tickmill adalah salah satu broker terbesar di dunia, yang telah bertahun-tahun membina rangkaian kecairan yang luas dan melabur dalam teknologi penentuan harga. Syarikat ini berurusan dengan institusi-institusi di
serata dunia untuk menyediakan rangkaian kecairan yang luas dengan kesambungan
 kependaman rendah serta penentuan harga yang lebih terbatas.

Sistem penyaluran pesanan kami yang terkini memastikan keperluan pelanggan dipenuhi meskipun semasa turun naik pasaran. Rangkaian kecairan kami menggunakan teknologi penentuan harga yang intuitif dan boleh
disesuaikan untuk memudahkan transaksi dagangan dan mengurangkan kos pelaksanaan bagi pelanggan. Ini membolehkan kami berurusan dengan semua jenis pelanggan dan semua jenis strategi dagangan.
 

Apakah Ciri Teknologi Infrastruktur & Penentuan Harga Tickmill?

Pelayan kami terdapat di Equinix LD4 (di London, United Kingdom) dan Equinix NY4 (di New York, Amerika Syarikat), iaitu tapak-tapak utama yang menawarkan kesambungan kependaman rendah bagi FX. Bagi emastikan kesambungan kependaman yang rendah, Tickmill bekerjasama dengan pembekal Kecairan, dan menggunakan teknologi agregat harga dan pelaksanaan yang terkini. Sepanjang 5 tahun lepas, kami telah
bekerjasama dengan OneZero, iaitu pemimpin global dalam teknologi dagangan yang telah membantu kami mencapai kedudukan kami sekarang ini.

Infrastruktur teknologi yang optimum adalah penting untuk memastikan pelanggan dapat berdagang dengan lancar. Kami melabur dalam teknologi agar kami dapat terus berkembang dan mengekalkan pelanggan yang berkualiti.

Adakah Tickmill Mengagregatkan Kecairan daripada Pembekal Kecairan Berlainan?

Ya. Bagi mendapatkan spread yang terkecil, Tickmill akan mengagregatkan penentuan harga dari berbilang LP, dan memberikan harga bida dan harga permintaan yang terbaik kepada pelanggan. Jadi, jika sambungan dengan mana-mana LP terganggu, bantuan akan sentiasa tersedia untuk memastikan pelanggan Tickmill dapat berdagang tanpa gangguan.

Bagaimana Tickmill Memastikan Penentuan Harga Sentiasa Dibataskan?

Salah satu tugas jabatan broker adalah mengawasi spread industri bagi menentukan kedudukan Tickmill, dan memastikan kelebihan dagangan yang baik untuk pelanggan kami. Biasanya, broker-broker yang menawarkan spread terbatas untuk tempoh yang singkat akan menyebabkan penentuan harga merosot. Ini disebabkan hanya segelintir broker sahaja yang memiliki teknologi, alat-alat dan pengalaman untuk menguruskan aliran &
hubungan dengan LP mereka. Bukan semua aliran dagangan yang memiliki kualiti yang sama. Jikalau aliran tidak diuruskan dengan tetap dan betul, ia boleh menyebabkan masalah antara Broker dan LP, yang mana
boleh menjejaskan spread secara negatif.

Di Tickmill, kami menggunakan teknologi dan pengalaman kami untuk menguruskan jumlah perniagaan yang banyak setiap hari. Kami mengekalkan hubungan yang kukuh dengan LP kami, berdasarkan kepercayaan dan ketelusan.
 
Tickmill juga boleh mengumpulkan profil-profil aliran dalam aturan yang berkesan berdasarkan beberapa ukuran yang dikawal rapi. Kami memastikan aliran yang dihantar ke setiap LP dalam kumpulan tersebut akan dilaksanakan secara betul oleh pihak LP.

Adakah Lebih Baik untuk Bekerja dengan Berbilang Pembekal Kecairan?

Semakin banyak pembekal Kecairan yang ada, semakin kompetitif jadinya proses untuk menentukan harga instrumen. Semakin tinggi kecairan sesuatu aset, semakin terbatas dan lebih tersedia harga baginya. Bagaimanapun, mempunyai berbilang LP ada kekurangannya juga. Broker perlu membahagikan
sumber dan keperluan modal, yang mana tidak dapat dikawal dan boleh mendedahkan perniagaan kepada kesilapan.
 
Di Tickmill, LP kami dipilih dengan teliti dan prestasi mereka sentiasa diawasi berdasarkan pelbagai ukuran termasuk:

  • Masa Respons / Kependaman

  • Kelajuan Melaksana  

  • Spread 

  • Nisbah Laksana  

  • Gelinciran  

  • Impak Pasaran

Kami Mengutamakan Pedagang.

Spread Lebih Kecil… Lebih Banyak Peluang.

Mula Berdagang!