1. Piala Dunia Trader Tickmill, dengan ini dirujuk sebagai 'Peraduan' hanya tersedia untuk pelanggan yang baharu dan sedia ada Tickmill Ltd (Seychelles) dan Tickmill Asia Ltd (Labuan).

  2. Pelanggan mesti berumur lebih dari 18 tahun untuk menyertai Piala Dunia Trader Tickmill.

  3. Peraduan bermula pada hari Ahad 20 November 2022 jam 12 pagi (waktu UTC) dan berakhir pada hari Ahad 18 Disember 2022 jam 23:59 (waktu UTC).

  4. Untuk menyertai Piala Dunia Trader Tickmill, Pelanggan harus memenuhi semua keperluan di bawah:

    • Buka akaun dagangan langsung MT4 ATAU MT5 baru

    • Buat deposit baharu sekurang-kurangnya US$ 250 dalam satu transaksi ke Tickmill Wallet anda dan pindahkan dana ke akaun dagangan Langsung anda

    • Berdaganglah dengan sebarang aset kewangan yang tersedia pada platform MT4 ATAU MT5

    • Sasarkan matlamat untuk mencapai ROI (pulangan pelaburan) tertinggi dalam akaun dagangan anda

  5. Pemindahan dalaman antara dompet / akaun dagangan tidak boleh dianggap sebagai deposit baru.

  6. Hedging antara akaun dagangan dan penggunaan Expert Advisors (EA) tidak dibenarkan.

  7. Pelanggan boleh menyertai Piala Dunia Trader Tickmill dengan beberapa akaun dagangan selagi mereka mendaftar ke akaun dagangan baharu menggunakan alamat e-mel yang sama dan memenuhi semua keperluan yang dinyatakan dalam perkara 4.

  8. Setiap Pelanggan hanya boleh memenangi 1 hadiah Wang Tunai, tanpa mengira bilangan akaun dagangan yang dibuka.

  9. 32 Pelanggan teratas dengan ROI (pulangan pelaburan) tertinggi, P/L berdasarkan jumlah deposit semasa waktu tempoh pertandian berlansung, akan memenangi Hadiah Wang Tunai seperti yang ditunjukkan dalam pekara 12.

    Formula:


    *Total amount of deposits that are in the actual trading account.

  10. Jika ada dua pemenang mencapai ROI yang sama pada akhir peraduan, orang yang mempunyai jumlah deposit tertinggi akan menjadi pemenang.

  11. Pemenang hadiah diumumkan pada hari Selasa 20 Disember 2022.

  12. Hadiah Wang Tunai akan ditambahkan pada dompet Tickmill Pelanggan dalam masa tiga hari perniagaan selepas pengumuman pemenang.

  13. Hadiah Wang Tunai bagi 32 pemenang teratas akan diberikan seperti berikut:

    Kedudukan

    Hadiah

    1st

    $4,000

    2nd

    $3,000

    3rd

    $2,000

    4th

    $1,500

    5th

    $1,450

    6th

    $1,400

    7th

    $1,350

    8th

    $1,300

    9th

    $1,250

    10th

    $1,200

    11th

    $1,150

    12th

    $1,100

    13th

    $1,050

    14th

    $1,000

    15th

    $950

    16th

    $900

    17th

    $850

    18th

    $800

    19th

    $750

    20th

    $700

    21st

    $650

    22nd

    $600

    23rd

    $550

    24th

    $500

    25th

    $450

    26th

    $400

    27th

    $350

    28th

    $300

    29th

    $200

    30th

    $150

    31st

    $100

    32nd

    $50

    JUMLAH

    US$ 32,000

  14. Hadiah wang tunai boleh digunakan untuk tujuan perdagangan atau boleh dikeluarkan sepenuhnya tanpa sebarang sekatan.

  15. Pemenang yang diumumkan boleh dibatalkan kelayakan jika peraturan peraduan terbukti dilanggar.

  16. Sekiranya Pemenang tidak layak, menolak hadiah, atau gagal membalas sebarang komunikasi dalam masa 3 hari bekerja, hadiah akan diberikan kepada pemenang seterusnya berdasarkan kedudukan.

  17. Aduan mengenai pengumuman pemenang tidak akan dijawab sehari selepas pengumuman.

  18. Pemenang bersetuju untuk menerbitkan nombor akaun pelanggan mereka serta sejarah akaun dagangan mereka, semasa dan selepas Peraduan dalam mana-mana keluaran atau bahan pengiklanan, tanpa sebarang pampasan atau kelulusan.

  19. Pemenang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam acara promosi, wawancara dan/atau pengumuman awam yang berkaitan dengan peraduan.

  20. Peserta bersetuju bahawa maklumat yang diberikan semasa dan selepas pendaftaran Peraduan boleh digunakan oleh Tickmill dalam konteks peraduan dan untuk tujuan pemasaran lain.

  21. Tickmill berhak untuk menangguhkan, menggantung atau menamatkan peraduan ini pada bila-bila masa, tanpa notis awal dan tanpa liabiliti kepada peserta.

  22. Tickmill berhak untuk membatalkan kelayakan peserta dan/atau menolak pemberian Hadiah Wang Tunai jika ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa ia akan digunakan bertentangan dengan peraturan dan polisinya, atau jika terdapat sebarang penyalahgunaan Terma dan Syarat promosi ini dan/ atau yang berkenaan dengan Perjanjian Perkhidmatan Pelanggan Tickmill.

  23. Pekerja Tickmill, keluarga dan tanggungan mereka tidak dibenarkan untuk menyertai Peraduan.

  24. Warganegara yang tidak diterima untuk pendaftaran tidak boleh menyertai Peraduan.