Langganan TradingView percuma untuk pedagang Tickmill

Akses ciri carta lanjutan secara percuma, hanya dengan berdagang!
Mula Berdagang
Langganan TradingView percuma untuk pedagang Tickmill

Tuntut tahap anda. Essential, Plus atau Premium!

3 pelan, disesuaikan dengan gaya dan volum dagangan anda.

Aktifkan langganan TradingView percuma hanya dengan berdagang menggunakan akaun Tickmill Trader anda. Pelan percuma anda akan diperbaharui secara automatik mengikut tahap yang sepadan dengan volum dagangan anda. Bandingkan pelan dan keperluan volum dagangan di bawah.

Essential

$13.99/sebulan
Ciri-ciri
  • 2 carta bagi setiap tab
  • 5 indikator bagi setiap carta
  • 20 makluman harga dan teknikal
  • Tiada iklan
  • Profil volum
  • Kerangka masa tersuai, Profil Volum, Ulangan Bar dan banyak lagi
Untuk mengakses dan mengekalkan pelan percuma
  • 3 lot didagangkan dalam bulan semasa
  • FX, Logam, BTC, US30, DE40, USTEC

Plus

$28.29/sebulan
Ciri-ciri
  • 4 carta bagi setiap tab
  • 10 indikator bagi setiap carta
  • 100 makluman tersuai
  • 100K+ indikator komuniti melalui Pine Script™
  • Export data dan gunakan jenis carta lanjutan, termasuk Profil Volum Renko dan Ulangan Bar
Untuk mengakses dan mengekalkan pelan percuma
  • 5 lots didagangkan dalam bulan semasa
  • FX, Logam, BTC, US30, DE40, USTEC

Premium

$56.49/sebulan
Ciri-ciri
  • 8 carta bagi setiap susun atur
  • 25 indikator bagi setiap carta
  • 400 makluman tanpa tarikh luput
  • 20 ribu bar sejarah alatan Lanjutan: TPO, Jejak Volum, Corak Automatik dan banyak lagi
  • Selang asas dalam saat, serta penerbitan skrip untuk jemputan sahaja
Untuk mengakses dan mengekalkan pelan percuma
  • 12 lots didagangkan dalam bulan semasa
  • FX, Logam, BTC, US30, DE40, USTEC

Cara mengaktifkan pelan TradingView percuma anda

Dalam 3 langkah, anda mendapat akses percuma kepada langganan bulanan TradingView!

Buka Akaun
Buka Akaun

Buka akaun Tickmill dan pilih TradingView sebagai platform trading anda

Berdagang
Berdagang

Laksanakan dagangan dengan volum yang diperlukan sepanjang bulan semasa. (Semak jadual di bawah untuk maklumat lanjut).

Langganan Percuma
Langganan Percuma

Apabila keperluan tahap dipenuhi, langganan percuma anda akan diperbaharui secara automatik pada 1hb bulan berikutnya.

Nota penting untuk diingati:
  • Tawaran ini hanya tersedia untuk pedagang yang tidak mempunyai langganan TradingView berbayar yang aktif.
  • Langganan akan diperbaharui secara bulanan berdasarkan aktiviti dagangan bulan sebelumnya.
  • Jika anda layak untuk tahap yang lebih tinggi, ia akan secara automatik menggantikan sebarang langganan tahap lebih rendah yang telah diperoleh.
Mulakan

Soalan Lazim

Adakah saya perlu menghubungi sokongan untuk menuntut langganan saya?

Anda tidak perlu menghubungi solongan. Tiada borang atau tuntutan manual yang diperlukan. Jika anda berdagang volum bulanan yang diperlukan bagi salah satu peringkat, langganan TradingView percuma anda akan diaktifkan secara automatik pada bulan berikutnya. Hanya log masuk ke dalam akaun TradingView anda.

Bagaimanakah saya mengekalkan langganan percuma?

Jika anda berdagang volum yang diperlukan bagi bulan semasa, langganan percuma anda akan diperbaharui secara automatik pada bulan berikutnya. Jika anda layak untuk peringkat yang lebih tinggi, anda akan dinaik taraf secara automatik ke peringkat tersebut pada bulan berikutnya.

Apakah instrumen yang diambil kira dalam volum dagangan bulanan?

FX, Logam dan beberapa Indeks serta Kripto tertentu akan diambil kira dalam volum dagangan bulanan.

Senarai penuh instrumen yang layak termasuk semua pasangan FX, semua Logam, dan BTC, US30, DE40 dan USTEC.

Sila ambil perhatian bahawa Indeks CFD dikira pada kadar yang lebih rendah bagi tujuan pengiraan volum bulanan. 1 lot US30, DE40 atau USTEC diambil kira sebagai 0.25 lot bagi memenuhi keperluan bulanan.

Bolehkah saya menggunakan volum dagangan tambahan untuk melanjutkan keahlian saya ke bulan-bulan akan datang?

Tidak. Walaupun anda melebihi volum yang diperlukan bagi sesuatu peringkat dalam satu bulan, langganan percuma hanya terpakai untuk bulan berikutnya. Volum tambahan tidak dibawa ke hadapan atau digabungkan untuk bulan-bulan akan datang.

Buka akaun TradingView anda dengan Tickmill

Aktifkan langganan bulanan percuma anda

Dapatkan akses kepada ciri lanjutan TradingView, tanpa kos, apabila anda berdagang dengan akaun Tickmill Trader anda. Buka akaun TradingView anda, penuhi keperluan dagangan dan nikmati penggunaan percuma alat carta premium, tanpa kos!

Mula berdagang
Terma & Syarat

1. Penerimaan Terma

1.1. Dengan menyertai Tawaran ini, pelanggan (“Pelanggan”) mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, bersama-sama dengan Perjanjian Pelanggan Tickmill, Polisi Pelaksanaan Pesanan, Pendedahan Risiko, serta semua dokumen undang-undang lain yang tersedia di laman web Syarikat.

2. Kelayakan

2.1. Tawaran ini hanya tersedia secara eksklusif kepada Pelanggan yang:
  a) Mempunyai akaun TradingView aktif yang disambungkan kepada Tickmill (iaitu telah membuka akaun Tickmill Trader TradingView melalui integrasi broker TradingView);
  b) Tidak mempunyai langganan TradingView berbayar yang sedia ada pada masa pengaktifan;
  c) Memenuhi volum dagangan minimum bulanan yang ditetapkan untuk salah satu tahap kelayakan.

2.2. Tawaran ini hanya tersedia kepada pelanggan runcit dan profesional Tickmill LTD, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan di bidang kuasa masing-masing.

2.3. Tickmill berhak untuk mengecualikan mana-mana Pelanggan yang didapati menyalahgunakan Tawaran, terlibat dalam aktiviti penipuan, atau melanggar Terma Syarikat.

3. Keperluan Volum Dagangan

3.1 Bagi tujuan Tawaran ini, dagangan pada Indeks CFD (US30, DE40, USTEC) dikira sebagai satu per empat (1/4) daripada satu lot FX standard.
Contoh: Dagangan 1 lot US30 menyumbang 0.25 lot kepada volum dagangan bulanan.

3.2. Volum dagangan diukur dalam lot dan dikira mengikut bulan kalendar (00:00 waktu pelayan pada 1 haribulan hingga 23:59 pada hari terakhir bulan tersebut).

3.3. Volum dagangan yang dijana daripada instrumen yang tidak disenaraikan di atas tidak akan diambil kira bagi Tawaran ini.

3.4. Volum daripada berbilang akaun di bawah profil Pelanggan yang sama boleh digabungkan mengikut budi bicara Tickmill, dengan syarat semua akaun berada dalam kedudukan baik.

4. Tahap Langganan dan Naik Taraf

4.1. Jika Pelanggan memenuhi keperluan volum dagangan pada bulan semasa, tahap langganan yang sepadan akan diaktifkan atau diperbaharui secara automatik untuk bulan berikutnya.

4.2. Jika Pelanggan layak untuk tahap yang lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya, Tickmill akan secara automatik menaik taraf Pelanggan kepada tahap tersebut.

4.3. Volum dagangan yang tidak digunakan atau melebihi had tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

 

5. Pengaktifan dan Pembaharuan

5.1. Langganan yang layak akan menjadi aktif pada hari pertama bulan berikutnya, dengan syarat Pelanggan telah memenuhi volum dagangan yang diperlukan.

5.2. Tawaran ini tidak boleh diaktifkan oleh Pelanggan yang sudah mempunyai langganan TradingView berbayar. Tickmill tidak dapat memulangkan bayaran, menggantikan atau memberi pampasan bagi pelan berbayar sedia ada.

5.3. Jika Pelanggan tidak memenuhi volum dagangan yang diperlukan bagi bulan tertentu:
  • Langganan percuma tidak akan diperbaharui untuk bulan berikutnya;
  • Akses kepada ciri premium TradingView akan kembali kepada akaun TradingView standard Pelanggan.

6. Had

6.1. Tawaran ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai, kredit atau sebarang faedah lain.

6.2. Tickmill tidak menjamin ketersediaan, masa operasi atau prestasi perkhidmatan TradingView. TradingView ialah platform pihak ketiga yang tidak dikawal oleh Tickmill.

6.3. Ciri-ciri, had pelan serta harga TradingView ditentukan sepenuhnya oleh TradingView dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

6.4. Tickmill tidak bertanggungjawab atas:
  a) Isu-isu teknikal di TradingView;
  b) Sekatan akaun yang dikenakan oleh TradingView;
  c) Sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan alat TradingView.

7. Penggunaan Adil dan Penyalahgunaan

7.1. Tickmill berhak untuk mendiskualifikasi atau menarik balik Tawaran daripada mana-mana Pelanggan yang:
  • Terlibat dalam dagangan cuci (wash trading) atau penjanaan volum tiruan;
  • Menggunakan strategi yang direka semata-mata untuk mengeksploitasi Tawaran;
  • Melanggar peraturan dagangan Tickmill, Perjanjian Pelanggan atau mana-mana undang-undang yang berkenaan.

7.2. Sekiranya terdapat penyalahgunaan yang disyaki, Tickmill berhak untuk membatalkan langganan tanpa notis terlebih dahulu.

8. Pindaan dan Penamatan

8.1. Tickmill berhak untuk membuat pindaan, menggantung,\ atau menamatkan Tawaran pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

8.2. Sebarang perubahan akan diterbitkan di laman web Tickmill dan akan berkuat kuasa serta-merta kecuali dinyatakan sebaliknya.

9. Amaran Risiko

9.1. Perdagangan derivatif melibatkan tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.

9.2. Pelanggan harus memastikan mereka benar-benar memahami risiko dan mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

9.3. Prestasi lalu tidak menjamin keputusan masa hadapan.