Amaran Risiko: Perdagangan produk kewangan pada margin membawa risiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi pelaburan awal. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko dan mengambil penjagaan yang sesuai untuk menguruskan risiko anda. Laman web ini hanya untuk tujuan maklumat, dan tidak bertujuan untuk meminta pelabur dari Malaysia (kecuali penduduk Labuan FT). Sebaiknya anda mendapatkan nasihat undang-undang bebas sebelum mengakses laman web ini dan / atau perkhidmatannya, untuk memastikan anda mematuhi undang-undang tempatan anda.

MetaTrader 4 for Mac: MT4 Mac Download & User Guide

Untuk Pengguna Mac

MetaTrader 4 (MT4): Untuk Pengguna Mac

Metatrader 4, atau singkatannya MT4 adalah salah satu platform yang paling banyak digunakan untuk memperdagangkan Forex dan CFD dalam kalangan pedagang spekulatif. Sebagai salah satu platform yang paling disanjung, MetaQuotes (pencipta MT4) mendapati perlunya untuk menjadikan MT4 boleh digunakn pada semua komputer desktop, komputer riba dan peranti mudah alih yang berbeza!

Asalnya, platform ini diciptakan sebagai program perisian berasaskan Windows. Namun, setelah menjadi salah satu platform perdagangan yang paling banyak digunakan, terdapat keperluan untuk menjadikan MT4 untuk Mac agar orang yang mempunyai Mac OC boleh berdagang menggunakan komputer mereka sendiri. Kini MT4 menyokong sebilangan besar peranti termasuk Windows, iPhone dan Android.

Hakikatnya, program itu sendiri sebenarnya tidak dapat dijalankan secara tulin pada sistem operasi (OS) Mac. Walau bagaimanapun, pengguna Apple masih boleh menggunakan versi Mac MT4! Dalam panduan ini, kita akan meneroka bagaimana pengguna dapat mengakses MT4 untuk Mac dengan fungsi yang sama yang diberikan kepada pengguna Windows.
Panduan kami bertujuan untuk menyediakan semua maklumat yang kami ada mengenai MT4 pada Mac kepada anda. Namun, anda mungkin sudah mengetahui beberapa maklumat yang kami sediakan. Oleh itu, kami telah memasukkan menu navigasi kecil yang berguna di bawah ini supaya anda boleh melangkau ke bahagian panduan yang anda perlukan.
Cara Untuk Memuat Turun Mt4 Untuk Mac

Cara untuk Memuat turun MT4 untuk Mac

Ada pelbagai cara untuk memut turun MetaTrader 4 untuk Mac. Dalam beberapa seksyen selepas ini kami akan membincangkan beberapa cara yang sering digunakan.

Walau bagaimanapun, kami sebenarnya telah membuat muat turun MT4 Mac kami sendiri yang menjadikan prosesnya mudah dan berkesan. Kami juga menyediakan keseluruhan panduan untuk proses pemasangan di halaman MT4 kami yang anda boleh klik di sini.

Wine

Sebagai pengguna Mac, anda mungkin biasa mendengar mengenai wine. Jika tidak, kami akan membincangkanya di dalam seksyen ini.

Wine (akronim untuk Wine Is Not an Emulator) merupakan program "open source" yang membolehkan anda melaksanakan perisian Windows pada peranti Mac. Kami akan membincangkan dengan lebih mendalam mengenai emulator selepas ini. Secara umumnya, ia digunakan pada Linux, bahkan dapat menjalankan perisian secara langsung pada Mac tanpa memerlukan program Windows untuk dilaksanakan secara tersembunyi!

Cara kerjanya adalah dengan menterjemah perintah API Windows ke dalam perintah POSIX, dan ini membolehkan anda mengintegrasikan aplikasi Window pada Mac OS anda dengan mudah dan berkesan. Ia sebenarnya penterjemahan bahasa Windows kepada bahasa Mac!

Namun program ini bukanlah tanpa kekuranganya. Bukan semua aplikasi boleh berfungsi dengan betul pada Wine dan mungkin terdapat aplikasi yang terjejas atau tidak berfungsi langsung. Walau bagaimanapun, ia berguna untuk melaksanakan MT4 pada Mac.

Perlu diketahu bahawa panduan kami akan menyediakan muat turun mudah yang membolehkan anda melaksanakan MT4 pada Mac. Kami menyampaikan maklumat mengenai Wine di sini untuk membantu anda memahami cara ia berfungsi.
Wine
Jadi, Apakah Prosesnya?

Jadi, apakah prosesnya?

  1. Muat turun pemasangan PlayOnMac. Ia akan diformat sebagai fail DMG.
  2. Cari fail DMG dan lancarkannya yang seharusnya menjadikan pemasang PlayOnMac muncul.
  3. Seterusnya anda akan mendapat mesej bahawa PlayOnMac perlu memasang XQuartz. Pilih ‘Sila muat turun XQuartz untuk saya’.
  4. Untuk beberapa langkah seterusnya, anda hanya perlu mengklik ‘Next’ dan pemasang akan melakukan kerja untuk anda. Baca dan terima perjanjian lesen sehingga anda diminta memasukkan nama dan kata laluan anda.
  5. Setelah ini selesai, anda perlu menghidupkan semula sistem anda agar perubahan tersebut berlaku.
  6. Apabila anda menghidupkan komputer anda lagi, PlayOnMac akan menanyakan apakah anda ingin memasang fon Microsoft Windows. Ini akan membantu fungsi.
  7. Akhirnya, anda akan diminta untuk 'Terima syarat perjanjian lesen'. Setelah pemasangan selesai, anda sudah bersedia untuk pergi dan menggunakan program MT4 Mac!
Selepas anda menyelesaikan proses tersebut, anda kini boleh memilih versi Wine yang anda mahu pada PlayOnMac. Pastikan anda menggunakan Wine yang terkini. Untuk melakukanya, pergi ke ‘Tools’ yang ditemukan dalam menu dan klik ‘Manage Wine Versions’. Pilih yang terkini dan klik butang anak panah di tengah-tengah kotak bicara.

Sekarang, kita hampir selesai! Pergi ke laman Tickmill’s MT4 Platform (atau laman broker yang berbeza) dan muat turun platform. Fail sepatutnya menjadi .exe.

Selepas anda memuat turun fail, lancarkannya dan anda akan digesa untuk mencipta pintasan. Selepas pintasan dicipta, anda boleh klik dua kali padanya dan program MT4 Mac anda akan dilancarkan secara automatik!

MT4 pada Mesin Maya Windows

Sebagaiman yang telah kami tetapkan, Wine bukalah satu emulator! Namun mesin tetingkap maya merupakan satu emulator! Sekarang, bagi membolehkan muat turun MT4 Mac anda terlaksana, satu lapisan akan dicipta untuk tujuan keserasian. Mudah bicara ia adalah seperti satu jaket khas yang membolehkan anda menyertai kelab untuk ahli sahaja. Ia mungkin bukan jaket anda, tetapi dengan memakainya, anda boleh memasuki kelab itu! Ia menciptakan satu 'lapisan keserasian', seperti jaket anda yang dipakai oleh ahli kelab sahaja.

‘Lapisan keserasian’ yang direka khas ini mewujudkan persekitaran Window dalam Mac OS untuk membolehkannya digunakan pada peranti Mac. Walau bagaimanapun, semasa anda menggunakan peranti Mac, ini benar-benar telus, dan anda boleh menggunakan program ini seolah-olah ia berfungsi secara normal seperti program Mac!

Walaupun sebahagian besar fungsi MT4 akan berfungsi dengan sempurna, perlu diketahui bahawa beberapa perkara tidak dapat diterjemahkan dengan sempurna. Jadi, anda tidak akan mempunyai semua fungsi yang digunakan oleh pengguna Windows dengan MT4 untuk Mac.
Mt4 Pada Mesin Maya Windows

MT4 Dilonggokkan menjadi satu App

Sebagaimana dinyatakan di atas, kami telah menyelaraskan proses di atas menjadi satu muat turun yang mudah! Klik butang di bawah dan muat turun MT4 untuk Mac supaya proses bermula secara automatik. Kami ingin memastikan anda menyedari sebagaimana kebanyakan muat turun MetaTrader 4 Mac, anda tidak akan mendapat semua fungsi yang diperoleh pengguna Windows.
Berdagang Secara Automatik Pada Mac

Berdagang secara Automatik pada Mac


Perdagangan automatik, juga dikenali sebagai perdagangan algoritma, adalah ciri hebat yang direka untuk menghilangkan emosi daripada perdagangan anda dan mengautomasikan fungsi yang biasanya perlu dilakukan secara manual oleh pedagang. Terdapat banyak peluang berdasarkan perdagangan algoritma yang bertujuan untuk membolehkan pengguna menetapkan kriteria yang dapat menentukan waktu masuk dan keluar dari pasaran. Kepelbagaian fungsi perdagangan algoritma secara harfiah tidak hanya kerana anda bukan sahaja dapat membeli dan memuat turun program EA dalam talian, tetapi anda juga dapat mereka ciptanya sendiri dalam persekitaran MQL4! Manfaat besar selain daripada komuniti MQL4 ini ialah anda tidak hanya merancang atau memuat turun sistem operasi automatik. Komuniti ini juga membolehkan anda mencari atau mencipta indikator atau skrip untuk digunakan dalam MT4.

Namun begitu, kebolehkendalian tidak selalu dapat dipindahkan apabila anda perlu mula menggunakan EA pada peranti Mac! Jadi, di bahagian panduan ini, kami akan membincangkan cara anda boleh memasang dan menggunakan EA, Indikator dan Skrip di MT4 untuk Mac.

Pemasangan EA, Indikator dan Skrip pada MT4 untuk Mac

Apabila anda memutuskan untuk mula menggunakan indikator khusus, EA atau skrip, anda akan melihatnya dalam bentuk fail EX4. Biasanya dibuat daripada fail MQ4, ini adalah fail indikator khusus Metatrader. Indikator ini dicipta menggunakan MetaEditor dan berkerja dengan MT4.

Jadi, bagaimana kita boleh membolehkan fail ini berkerja dengan Mac OS?

Metatrader Untuk Mac

1. Muat turun fail EX4 dan MQ4 ke dalam Mac anda.

Metatrader Untuk Mac

2. Klik "Finder'.

Metatrader Untuk Mac

3. Klik ‘Applications’ dan kemudian cari ‘MetaTrader for Mac’. Klik kanan untuk memilih fail.

Metatrader Untuk Mac

4. Pilih ‘Show Package Contents’.

Metatrader Untuk Mac

5. Seterusnya klik ‘drive_c’, ‘Program Files’, ‘Tickmill MT4’, ‘MQL4’ dan akhirnya ‘Experts’.

Metatrader Untuk Mac

6. Sekarang salin fail EX4 dan MQ4 yang telah dimuat turun.

Metatrader Untuk Mac

7. Sekarang anda perlu menutup platform anda dan menghidupkannya semula agar perubahan tersebut memberi kesan. Selepas anda melakukan semua ini, EA sepatutnya boleh dilihat di dalam Menu Navigasi!

* Pada tahap ini, penting untuk diingatkan bahawa jenis fail yang berbeza perlu berada di tempat berbeza:
  • EA (ex4 atau .mq4) perlu diletakkan di dalam folder MQL4/Experts.
  • Fail indikator (ex4 atau .mq4) perlu diletakkan di dalam folder MQL4/Indicators.
  • Fail Skrip (ex4 atau .mq4) perlu diletakkan di dalam folder MQL4/Scripts.
  • Fail tetapan EA (.set) perlu diletakkan di dalam folder MQL4/Presets.
  • Fail Libraries (dll) perlu diletakkan di dalam folder MQL4/Libraries.