Pemenang Tempat Pertama di Rantau Asia – Đường Nhọc Lìn

Program IB

Apakah yang telah mendorong anda untuk menjadi Broker Pengenal Tickmill?

Tickmill merupakan broker yang terkenal dengan yuran pasaran terendah, kaedah deposit/pengeluaran yang pantas serta pasukan sokongan yang bersemangat dan profesional.

Apakah ciri program Broker Pengenal kami yang paling disukai oleh anda?

Tickmill mempunyai strategi dan peraturan yang baik, swap dan spread yang rendah dan stabil serta kepantasan pelaksanaan yang sangat pantas.

Apakah cabaran terbesar bagi seorang IB? Bagaimana anda menanganinya?

Adakalanya, pelanggan merungut mengenai kesilapan kecil, seperti pengeluaran yang perlahan atau akaun baharu mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan... Saya akan menasihatkan pelanggan untuk menunggu beberapa minit, kemudian saya akan menghubungi pasukan sokongan untuk meminta mereka menyemak dan memprosesnya secepat mungkin, setelah mendapat keputusan, saya akan menghubungi pelanggan dengan segera.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri bagi IB yang berjaya?

Pelanggan sentiasa mempercayai anda. Pilihlah rakan kongsi yang ternama dengan syarat dan strategi dagangan yang menguntungkan.

Penyertaan dalam Peraduan

Apakah faktor utama yang anda percaya boleh membantu mendapatkan tempat pertama dalam peraduan ini?

Saya menyemak papan skor serantau setiap hari dan mendorong pelanggan saya untuk berdagang apabila ada peluang serta menumpukan semua usaha saya dalam mencari pelanggan baharu.

Apakah strategi yang telah digunakan untuk mengekalkan minat pelanggan anda sepanjang tempoh peraduan?

Menyediakan strategi dagangan harian.

Sentiasa bersama pelanggan apabila diperlukan.

Mengekalkan hubungan baik dengan broker adalah penting untuk mendapat sokongan yang baik: Sokongan disediakan 24/7, deposit dan pengeluaran diproses dengan pantas, yuran yang rendah dan spread yang kecil.

Bagaimana peraduan ini telah membantu mengembangkan lagi perniagaan IB anda?

Apabila saya memenangi anugerah, saya berasa lebih yakin dan bangga, dan ini memudahkan pengembangan perniagaan IB saya.

Apakah ciri peraduan yang paling disukai oleh anda?

Mengenali semua IB Asia dan bersaing dengan mereka secara adil.

Menilai keupayaan sendiri dan meningkatkan reputasi saya.

Menemukan lebih ramai pelanggan baharu dan meningkatkan hubungan saya.

Panduan

Apakah nasihat anda kepada IB baharu?

Tickmill adalah broker yang wajar dipertimbangkan untuk IB bekerjasama dan mengembangkan perniagaan mereka kerana sebab-sebab berikut:

  • Kecairan: deposit dan pengeluaran diproses dengan pantas.
  • Yuran transaksi: amat rendah (kemungkinan yang terendah dalam pasaran)
  • Sistem perisian: Sentiasa stabil
  • Sokongan: Cemerlang 24/7 + Amat bersemangat
  • Dasar Ib: Hebat dan menarik (apabila anda berjaya)
  • Perundangan: Broker mempunyai reputasi perundangan dan keselamatan dana pelanggan yang spesifik

Pemenang Tempat Pertama di Rantau Asia – Ghassan Khodor Elakhdar

Program IB

Apakah yang telah mendorong anda untuk menjadi Broker Pengenal Tickmill?

Saya mendapat inspirasi untuk menjadi Broker Pengenal Tickmill kerana spread rendah dan kredibiliti syarikat selain perkhidmatan terbaik yang ditawarkannya.

Apakah ciri program Broker Pengenal kami yang paling disukai oleh anda?

Satu perkara yang paling saya gemari mengenai program Broker Pengenal Tickmill ialah pelanggan saya berbicara mengenai kepuasan mereka terhadap perkhidmatan Tickmill dan berterima kasih kerana memperkenalkan mereka kepada syarikat ini.

Apakah cabaran terbesar bagi seorang IB? Bagaimana anda menanganinya?

Salah satu cabaran terbesar sebagai IB ialah pengembangan pangkalan pelanggan saya, dan saya menanganinya dengan pengiklanan langsung.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri bagi IB yang berjaya?

Kerja keras, kreativiti, & ketabahan.

Penyertaan dalam Peraduan

Apakah faktor utama yang anda percaya boleh membantu mendapatkan tempat pertama dalam peraduan ini?

Faktor utama untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan adalah ketabahan dan kerja keras.

Apakah strategi yang telah digunakan untuk mengekalkan minat pelanggan anda sepanjang tempoh peraduan?

Pendekatan yang saya ambil dengan pelanggan saya semasa pertandingan adalah, seperti biasa, boleh dipercayai, memberi nasihat yang sesuai, dan cepat menjawab soalan mereka.

Bagaimana peraduan ini telah membantu mengembangkan lagi perniagaan IB anda?

Persaingan itu bermanfaat dalam membantu saya mencipta lebih banyak idea untuk menarik dan merujuk pelanggan ke tempat yang selamat seperti Tickmill.

Apakah ciri peraduan yang paling disukai oleh anda?

Apa yang paling saya gemari mengenai persaingan adalah cabaran untuk menarik pelanggan baharu sambil memastikan pelanggan sedia ada tetap terlibat.

Panduan

Apakah nasihat anda kepada IB baharu?

Nasihat saya kepada IB baharu adalah untuk mempercayai Tickmill dan mempercayai diri mereka sendiri kerana jika anda mempercayaidiri sendiri, tidak ada yang akan menghalang anda daripada melakukan yang terbaik.

Pemenang Tempat Pertama di wilayah LATAM - Marcos Diógenes

Program IB

Apakah yang telah mendorong anda untuk menjadi Broker Pengenal Tickmill?

Kemungkinan untuk memperluas perniagaan saya dengan Tickmill.

Apakah ciri program Broker Pengenal kami yang paling disukai oleh anda?

Peluang untuk mengukuhkan perhubungan dengan pelanggan dan meraih manfaatnya.

Apakah cabaran terbesar bagi seorang IB? Bagaimana anda menanganinya?

Menambah bilangan pelanggan, menunjukkan fungsinya secara bersahaja kepada bakal pelanggan.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri bagi IB yang berjaya?

Keberanian, keupayaan untuk mengamalkan apa yang dirancang.

Penyertaan dalam Peraduan

Apakah faktor utama yang anda percaya boleh membantu mendapatkan tempat pertama dalam peraduan ini?

Keterlibatan dan dedikasi saya dan pelanggan saya.

Apakah strategi yang telah digunakan untuk mengekalkan minat pelanggan anda sepanjang tempoh peraduan?

Jelas dan mudah dalam perundingan.

Bagaimana peraduan ini telah membantu mengembangkan lagi perniagaan IB anda?

Ia telah melonjakkan lagi perniagaan saya dengan pelanggan saya, kini fokus saya adalah mengekal dan memperluas pangkalan pelanggan saya.

Apakah ciri peraduan yang paling disukai oleh anda?

Di samping anugerah tersebut, tentu saja, keseluruhan proses merancang pembangunan portfolio pelanggan saya dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi di sisi, serta pengukuhan hubungan dengan Tickmill melalui Pengurus Serantaunya benar-benar menjadikan peraduan ini amat bermakna.

Panduan

Apakah nasihat anda kepada IB baharu?

Program IB Tickmill memberikan peluang yang sangat baik untuk pertumbuhan; jangan lepaskan peluang ini dan jika anda memerlukan sokongan, yakini saya!

Pemenang Tempat Pertama di Wilayah lain - Geoffrey Pieter Matthee

Program IB

Apakah yang telah mendorong anda untuk menjadi Broker Pengenal Tickmill?

Setelah mendengar mengenai tawaran IB dari Tickmill, kami sebagai satu pasukan tidak melihat pilihan yang lebih baik daripada bekerja hanya dengan Tickmill berbanding dengan semua broker lain yang pernah berurusan dengan kami.

Apakah ciri program Broker Pengenal kami yang paling disukai oleh anda?

Perkhidmatan yang disediakan oleh Tickmill merupakan yang terbaik berbanding dengan mana-mana broker lain. Semua pelanggan kami gembira begitu juga dengan kami sebagai IB.

Apakah cabaran terbesar bagi seorang IB? Bagaimana anda menanganinya?

Cabaran terbesar adalah meminta orang melihat nilai yang sama pada broker tersebut sebagaimana anda melihatnya. Bagi kami, setiap pelanggan yang telah menyertai Tickmill telah melihat perkhidmatan pasca jual pada minggu pertama dan betapa mudahnya mendeposit dan mengeluarkan dana, serta spread rendah yang ditawarkan oleh broker. Ini adalah perkara penting untuk sebarang pelanggan yang menggunakan broker.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri bagi IB yang berjaya?

Perkara yang paling penting ialah untuk melihat hubungan antara IB dan broker terlebih dahulu. Ini dengan segera menunjukkan faktor kepercayaan dan membina komuniti di mana kita semua dapat bekerja sebagai satu pasukan dan mendapat hasil terbaik daripada perdagangan kita.

Penyertaan dalam Peraduan

Apakah faktor utama yang anda percaya boleh membantu mendapatkan tempat pertama dalam peraduan ini?

Kerjasama. Sebagai satu pasukan, kami menyertai pertandingan agak lewat namun mempunyai sokongan pelanggan yang mempercayai hubungan kami demgan Tickmill. Kami berusaha setiap hari untuk mencabar diri kami sendiri dalam pasaran dan sebagai satu pasukan, kami mengecapi kejayaan.

Apakah strategi yang telah digunakan untuk mengekalkan minat pelanggan anda sepanjang tempoh peraduan?

Ikuti mentor anda dan yakinlah kepada mereka.

Bagaimana peraduan ini telah membantu mengembangkan lagi perniagaan IB anda?

Kami berusaha bersungguh-sungguh dan hasilnya kami melihat kemampuan kami sebagai satu pasukan dengan sokongan daripada syarikat yang mengagumkan seperti Tickmill.

Apakah ciri peraduan yang paling disukai oleh anda?

Kemajuan pencapaian kami yang mantap dalam pertandingan ini, walau pun kami bermula lewat. Kami gemarkan cabaran seperti ini.

Panduan

Apakah nasihat anda kepada IB baharu?

Jika anda tidak percaya dengan strategi sendiri, apalagi lagi orang lain. Oleh sebab itu, kami yakin dengan tawaran anda dan sokongan yang anda terima daripada syarikat yang boleh dipercayai seperti Tickmill. Pemasaran bersama sebagai satu pasukan, akan membawa kejayaan kepada anda.