Kami ingin mengumumkan bahawa Peraduan IB tahun ini telah berakhir di mana 20 IB dengan prestasi yang terbaik telah memenangi hadiah tunai daripada hadiah-hadiah bernilai lebih daripada $30K. Disediakan khas bagi Broker Pengenal kami, peraduan ini meminta peserta mengembangkan rangkaian rujukan mereka sambil mengumpul mata menurut jumlah dagangan pelanggan mereka.

Sekali lagi pada tahun ini, peraduan tersebut telah menerima sambutan yang hebat, di mana IB digalakkan untuk meningkatkan potensi mereka dalam segmen dagangan dalam talian, dengan bantuan alat dan sumber pemasaran kami yang berkesan.

Pemenang tempat pertama telah memenangi pakej percutian mewah ke 3 pusat kewangan terkemuka dunia di London, New York dan Singapura (bernilai kira-kira $25,000) sementara para pemenang yang lain telah menerima hadiah berjumlah lebih daripada $10,000.

Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya, dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai peraduan IB kami.

Klik di sini untuk melihat senarai pemenang dan temui pemenang tempat pertama yang turut berkongsi pandangan beliau tentang kejayaan sebagai peserta dan Broker Pengenal dalam peraduan ini.

Ikuti juga halaman Promosi kami untuk kekal termaklum tentang promosi terkini kami.