Limassol, 8 Disember 2025: Tickmill telah mengumumkan pemenang Ultimate Trading Challenge, satu pertandingan global yang berlangsung dari 15 Oktober hingga 15 Disember 2025, yang menarik penyertaan para trader dari seluruh dunia untuk merebut bahagian daripada hadiah tunai berjumlah $30,000.
Pertandingan ini memberi ganjaran kepada peserta yang mencapai ROI tertinggi sepanjang tempoh cabaran, sekali gus menyerlahkan kemahiran, disiplin dan strategi mereka merentasi pelbagai kelas aset.
Selepas dua bulan persaingan, seramai 10 trader telah muncul sebagai pemenang. Berikut adalah tiga peserta teratas:
1st place: $12,000 | Egor Shchelkanov
2nd place: $8,000 | Mufutau Ayodele Olagunju
3rd place: $5,000 | Chinedu Michael Joseph
Semua hadiah adalah boleh dikeluarkan sepenuhnya, mencerminkan komitmen Tickmill terhadap keadilan, ketelusan dan penghargaan terhadap kecemerlangan dalam dagangan.
Ultimate Trading Challenge diperkenalkan oleh Tickmill untuk memberi peluang kepada para trader bersaing dalam persekitaran pasaran sebenar, dengan menggunakan kondisi dagangan yang berdaya saing dan platform maju mereka.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ribuan trader yang telah mendaftar untuk cabaran ini,” ujar Group Director of Trading & Liquidity, Johnny Khalil. “Format pertandingan yang sangat baik ini memberi ganjaran kepada trader berdasarkan ketepatan dan naluri mereka — ciri utama ‘mindset Harimau’ yang semakin sinonim dengan para trader Tickmill. Kami berhasrat untuk terus melibatkan komuniti kami dengan lebih banyak inisiatif menarik apabila memasuki tahun hadapan, seperti biasa dengan kondisi dagangan yang paling kompetitif di pasaran.”
Senarai kedudukan akhir (final leaderboard) boleh diakses di Ruang Klien Tickmill. Tickmill mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas prestasi mereka dan berterima kasih kepada komuniti dagangan global kerana menjayakan cabaran tahun ini sekali lagi.
Mengenai Tickmill
Sejak penubuhannya pada tahun 2014, Tickmill telah membina kedudukan sebagai penyedia perkhidmatan dagangan dalam talian terkemuka di peringkat global. Dengan regulasi daripada pihak berkuasa kawal selia utama termasuk Financial Conduct Authority (FCA), Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), Financial Services Authority (FSA) di Seychelles, serta pengiktirafan daripada Dubai Financial Services Authority (DFSA) sebagai Pejabat Wakil, Tickmill mengutamakan keselamatan dana klien sambil mengekalkan standard ketelusan dan integriti yang tertinggi.
Dianggotai oleh para trader berpengalaman dengan puluhan tahun pengalaman kolektif sejak tahun 1980-an, pasukan Tickmill membawa kepakaran yang luas setelah melalui pelbagai pasaran kewangan utama dari Asia hingga Amerika Utara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tickmill dan perkhidmatannya, layari www.tickmill.com.