Kami teruja untuk mengumumkan bahawa seminar 'Analisis Teknikal Dunia' yang diadakan di Almaty, Kazakhstan, adalah satu kejayaan untuk para pedagang dan Tickmill! Gleb Zadoya, Guru Analisis Teknikal kami, telamlh membawa peserta melalui perjalanan pendidikan menerusi kemahiran dan teknik yang diperlukan untuk analisis pasaran kewangan yang berkesan.

Pada 18 Mei, pintu dibuka kepada salah satu seminar yang paling komprehensif yang kami pernah kami kendalikan hingga kini, mengalu-alukan 30 peserta yang tidak sabar-sabar ke dalam dunia analisis teknikal. Dengan pengalaman lebih dari 6 tahun, matlamat Encik Zadoya adalah untuk melengkapkan tetamu kami dengan wawasan yang komprehensif mengenai kehidupan pedagang.

Bermula dengan pengenalan kepada matlamat perdagangan, strategi dan psikologi, seminar itu kemudian berkembang ke dalam subjek yang lebih rumit di sekeliling sistem perdagangan, analisis intraday, pelaksanaan strategi perdagangan dan menemui titik kemasukan yang efektif ke dalam pasaran.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami yang berterusan untuk menyediakan para pelanggan kami dengan program pendidikan yang merangkumi semua, acara ini memberikan kami peluang yang baik untuk berhubung dengan pelanggan kami secara satu-satu, sambil berpeluang untuk melihat keperluan pelanggan kami dan jangkaan dari program pendidikan kami.

Melangkah ke hadapan, Tickmill akan menyesuaikan penawaran pendidikannya untuk membangunkan pendidikan pendidikan secara dalam dan luar talian yang komprehensif, untuk memberikan maklumat yang sesuai kepada pelanggan pada setiap peringkat kerjaya dagangan mereka.

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang datang ke acara itu dan kami benar-benar menghargai dedikasi berterusan anda kepada Tickmill dan sokongan anda yang tidak terhingga. Sekiranya anda ingin meneruskan pembelajaran, lihat beberapa  video tutorials  kami.

Lihat galeri kami di bawah untuk melihat beberapa foto dari acara tersebut.

RW: Seminar ini adalah untuk tujuan maklumat dan pendidikan sahaja. Tickmill tidak memberikan apa-apa nasihat pelaburan.