Promosi Rebat Tickmill berakhir pada 31 Disember 2020 menawarkan lebih daripada $213,000 dalam bentuk rebat pulangan tunai. Promosi ini menjemput pedagang untuk berdagang dan mendapat rebat tunai yang kompetitif berdasarkan beberapa had jumlah dagangan bulanan.

Promosi ini mendapat sambutan yang baik daripada para pedagang di seluruh dunia, menyebabkan promosi ini dilanjutkan sehingga akhir tahun. Sebagai salah satu promosi paling berjaya yang pernah dianjurkan oleh Tickmill, Promosi Rebat kami menarik penyertaan yang besar dengan lebih daripada 12000 peserta di 95 buah negara.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai promosi ini demi mendapatkan peluang untuk memperoleh antara rebat yang paling menarik dalam industri ini! Tickmill telah lama membangun tradisi memberi penghargaan kepada Pelanggan kerana kesetiaan dan sokongan mereka dan akan terus melakukannya dengan pelbagai cara kreatif.

Dengan memperkenalkan rebat sebagai sebahagian daripada penawaran promosi kami, kami telah mengurangkan kos perdagangan untuk pelanggan kami dengan ketara, sambil mengekalkan spread dan komisen kami yang sememangnya rendah.

Ingin mengikuti semua promosi dan peraduan terbaru kami? Hanya perhatikan bahagian Promosi di laman web kami atau halaman Facebook rasmi kami!