Tickmill telah memperkenalkan kelas aset baharu - senarai 100 Saham CFD yang meluas pada tawaran produknya, menarik perhatian pedagang FX dan CFD yang baharu dan berpengalaman.

Kelas aset baharu ini termasuk Saham CFD yang merangkumi pelbagai sektor industri termasuk teknologi, perubatan, automotif, perbankan, runcit, perisian dan banyak lagi! Walau apa pun minat anda, Tickmill menyediakannya untuk anda!

Berikut adalah beberapa Saham CFD baharu yang ditawarkan oleh Tickmill:

  • Saham FAANG: Meta (Facebook), Amazon, Apple, Netflix, Google
  • Runcit: Ebay, Amazon, Alibaba, Home Depot, Shopify, Costco, Walmart
  • Farmaseutikal: Pfizer, Moderna, Biontech, Johnson & Johnson
  • Perbankan/Penyedia Pembayaran: Bank of America, Visa, JP Morgan, Mastercard, PayPal
  • Teknologi: Microsoft, Intel, Oracle
  • Komunikasi: Twitter, Baidu, Zoom
  • Automotif: Tesla, Ferrari,
  • Syarikat Penerbangan: Boeing, United Airlines Holdings

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan senarai Saham CFD yang berkualiti ini kepada para pelanggan. Tawaran produk, syarat perdagangan yang sangat kompetitif, teknologi berkualiti tinggi dan persekitaran perdagangan dikawal selia yang boleh dipercayai daripada Tickmill memberi pedagang pakej yang serba lengkap dan pengalaman perdagangan yang tiada tandingannya. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam suku pertama dan kami akan menyediakan lebih banyak lagi untuk para pelanggan dan rakan kongsi pada tahun 2022," kata Sudhanshu Agarwal, Pengarah Eksekutif Tickmill Ltd.

CFD baharu ini boleh didagangkan di platform perdagangan Metatrader 5 (MT5) dengan spread rendah dan bayaran komisen sifar.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut tentang Saham CFD kami.