Amaran Risiko: Perdagangan produk kewangan pada margin membawa risiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Kerugian boleh melebihi pelaburan awal. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko dan mengambil penjagaan yang sesuai untuk menguruskan risiko anda. Laman web ini hanya untuk tujuan maklumat, dan tidak bertujuan untuk meminta pelabur dari Malaysia (kecuali penduduk Labuan FT). Sebaiknya anda mendapatkan nasihat undang-undang bebas sebelum mengakses laman web ini dan / atau perkhidmatannya, untuk memastikan anda mematuhi undang-undang tempatan anda.

Ganjaran Deposit Terma & Syarat

Berikut adalah Terma dan Syarat bagi kempen Ganjaran Deposit dan tawaran ini hanya untuk pelanggan Tickmill Ltd serta terhad untuk beberapa negara sahaja. Sila berhudung dengan Sokongan Pelanggan kami untuk sebarang kempen yang disediakan.

  • Ganjaran Deposit hanya untuk Pelanggan baru dan sedia ada Tickmill Ltd (Terkawal FSA), yang mempunyai akaun dagangan lansung. Anda boleh membuka akaun dagangan lansung di sini
  • Ganjaran Deposit hanya boleh dituntut oleh setiap Pelanggan sekali sahaja pada satu deposit yang belum digunakan untuk menuntut sebarang ganjaran lain bagi sebarang kempen lain yang tersedia.
  • Ganjaran Deposit yang ditawarkan dalam bentuk one-time ialah 10% daripada jumlah yang didepositkan dan Ganjaran Deposit maksimum ialah $€£ 1,500 bagi setiap Pelanggan.
  • Untuk menuntut Ganjaran Deposit, Pelanggan perlu menghantar e-mel bersama nombor akaun dagangan MT4/MT5 kepada eksekutif akaun atau kepada Sokongan Pelanggan kami dalam masa 14 hari selepas membuat deposit.
  • Pada waktu anda menuntut Ganjaran Deposit, pastikan sekurang-kurangnya 50% dari dana deposit awal ada dalam akaun langsung anda.
  • Jumlah deposit minimum (pindahan dalaman tidak dikira) untuk menuntut Ganjaran Deposit ialah $€£ 200.
  • Pelanggan harus memahami dan mengesahkan bahawa untuk sebarang bonus yang ditambahkan ke dalam Dompet Pelanggan, yang mana Pelanggan dikehendaki memindahkan bonus secara manual ke akaun dagangan yang berkaitan serta berdagang dengan jumlah yang diperlukan.
  • Bagi membolehkan pelanggan membuat pengeluaran atau pemindahan Ganjaran Deposit ke akaun MT4/MT5 yang lain, Pelanggan perlu berdagang sekurang-kurangnya 1 lot standard bagi setiap $€£ 5 Ganjaran Deposit yang dikutip. Jika bilangan lot yang diperlukan belum dicapai, baki akaun dan margin yang sedia ada hendaklah lebih tinggi/sama dengan jumlah gabungan deposit dan Ganjaran Deposit yang berkaitan dengannya supaya pelanggan boleh meminta untuk membuat pengeluaran dari keuntungan dagangan.
  • Hanya volum dagangan dalam pasangan mata wang dan logam diambil kira untuk mengira volum dagangan bagi kempen Ganjaran Deposit manakala CFD dikecualikan.
  • Mana-mana bahagian Ganjaran Deposit hanya boleh dikeluarkan jika jumlah lot yang diperlukan untuk keseluruhan pengeluaran telah didagangkan.
  • Tickmill berhak untuk menukar syarat kempen Ganjaran Deposit atau membatalkannya pada bila-bila masa.
  • Tickmill berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana pengguna jika terdapat sebarang syak wasangka penyalahgunaan atau penyalahgunaan peraturan Kempen Ganjaran Deposit atau terma yang digariskan dalam Perjanjian Perkhidmatan Pelanggan Tickmill.
  • Tickmill menganggap bahawa amalan mengeluarkan dana daripada akaun dagangan Langsung dan kemudian mendepositkan semula dana ini dalam masa 30 hari kalendar selepas pengeluaran terakhir untuk menuntut Ganjaran Deposit ke atas deposit tersebut adalah melanggar peraturan Kempen Ganjaran Deposit .
  • Menggunakan Ganjaran Deposit untuk meningkatkan saiz kedudukan dagangan membawa tahap risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang Contracts for Difference (CFD), anda harus mempertimbangkan dengan teliti objektif dagangan anda, tahap pengalaman dan risiko. Sila baca dengan teliti Ringkasan Pendedahan Risiko kami.
  • Sila ambil perhatian bahawa pemindahan dalaman antara akaun tidak dibenarkan untuk promosi ini.