Ketika Lubnan masih merasakan kesan susulan letupan dahsyat yang berlaku pada 4hb Ogos 2020 di pelabuhan Beirut, Tickmill telah menyumbangkan jumlah yang besar kepada Impact Lebanon, sebuah organisasi bukan kerajaan yang bertujuan untuk menyokong usaha awam di negara tersebut.

Akibat insiden yang membawa kemusnahan ini, puluhan orang terbunuh sementara ribuan orang tercedera dan kehilangan tempat tinggal ketika negara itu masih bergelut dengan krisis ekonomi yang semakin meningkat dan wabak COVID-19.

Selepas menyedari keperluan tindakan kemanusiaan segera di Lubnan, Tickmill memperkuatkan usaha komuniti global demi membantu mangsa letupan tragik itu melalui sumbangan amal yang menyusul inisiatif CSR terbaharu kami di negara tersebut. Dana akan digunakan untuk membeli pelbagai bekalan utama, termasuk makanan, air, pertolongan cemas, tempat berteduh, bekalan perubatan serta menampung perbelanjaan perubatan pihak yang tercedera akibat letupan tersebut.

Selain sumbangan kewangan, kakitangan Tickmill juga akan bekerjasama untuk mengumpulkan makanan kering dan makanan dalam tin, bekalan perubatan dan pakaian yang akan diedarkan kepada keluarga yang berkeperluan.

Simpati dan sokongan kami adalah bersama dengan rakyat Lubnan. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab secara sosial, kami tetap komited untuk berusaha sedaya upaya demi meringankan penderitaan mereka dan menambah baik kehidupan mereka.